Perkara Yang Best Ketika Anda Bosan

Antara perkara yang anda boleh lakukan ketika bosan banyak. Antaranya ialah tengok youtube, download movie, check status facebook, stalk kawan-kawan lama (yes banyak sekarang ni kawan nak kahwin).

Tetapi pagi ini saya dengan tak semena-mena mendapat idea untuk mencari maksud nama sendiri. Dengan erti kata lain, saya google nama saya.

Hasilnya tak lah yang seperti dijangka. Kebanyakkan nama Dahar ini berasal dari satu daerah di negara Ethopia iaitu Kebri Dahar. Itu hasil pencarian yang menarik.

Yang kedua ialah dahar.eu. Alhamdulillah nama dahar telah menjadi sebutan di Eropah. Dahar.eu ni boleh dikatakan projek di negara Eropah yang mengetengahkan bisnes pelabuhan kecil gitu.

Yang terakhir adalah hasil yang paling dekat dengan Malaysia. Di dalam bahasa Sudan, dahar bermaksud makan. Siap ada iklan indomee guna perkataan dahar lagi.

P/s: Sebenarnya nak bagitau nama saya Dahar. Selamat berkenalan semua ūüôā

teu-kuat-hayang-dahar-indomie

Maksudnya dalam english “I strongly want to eat noodles”

Pagi Yang Indah, Hari yang Ceria

Alhamdulillah pagi ini berjaya bangun awal dan pantasnya bergerak ke fakulti. Cilok sana cilok sini dengan planning perjalanan yang betul berjaya mengelak traffic light.

Penuh semangat berkobar-kobar untuk masuk makmal menjalani ujian ujikaji. Tapi tu la kan

“Pergi ke fakulti awal pagi, lab tak buka lagi”

dahar

Perkara Paling Penting Untuk Hari Yang Penting. Yeay!

Buat pengetahuan anda semua, saya dengan gembiranya akan menyertai satu acara yang ala-ala Running Man di Malaysia. Yes acara ini dinamakan sebagai Allianz Amazing Hunt. So there will involve a lot of sweating in this event. Aww yeah.

Allianz Amazing Hunt 2014

Allianz Amazing Hunt 2014

Event cool ini dihostkan oleh Allianz Bank yang mana bagi kami sangat bagus untuk mempromosikan pengangkutan awam. Haa pelikkan. Bank tapi promosi pengangkutan awam. Ini kerana setiap perjalanan dalam Allianz Amazing Hunt ini kami hanya boleh menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT,KTM, Monorail dan lain-lain. Jengjengjeng

Kami berkumpulan iaitu aku yang macho, Zulhilmi Tempoyak yang comel dan EpiHaha yang kacak. Serius kami semua ada daya tarikan masing-masing dan satu benda kami sama. Perut kami yang ala-ala baby bump versi lelaki. Opss!

So kami memang excited dan siap sembang apa persediaan kita untuk menang iPad Air ni. Kawan aku jawab tahu guna iPad Air. Hahaha amboi bro punya vision kedepan sangat ni undur sikit.

Teamate aku dua-dua kata stamina itu paling penting. Betul jugak kan. Ya la nak lari satu KL bro bukan satu pasaraya. Aku sambil bermain janggut menjawab “Knowledge is power”. Kalau boleh main lagu ost Sherlock Holmes time tu pasti lebih dramatik.

Serius ini aku yang belah kiri tu.

Serius ini aku yang belah kiri tu.

Aku rasa perlu untuk aku study jalan-jalan pengangkutan awam kat KL ni. Contoh kalau dia suruh pergi LowYat naik pengangkutan awam, aku akan jadi hero kepada team aku untuk bagi jawapan kita naik ni, turun situ, jalan sikit, naik itu ini bla bla. Time tu mesti kawan aku 2 orang lagi ni ternganga dengan persediaan aku.

Dengan persediaan aku study map pengangkutan awam ini, ia akan menjimatkan penggunaan masa team kami 20%. Banyak okay 20% tu. Bayangkan kalau time tu baru nak study, tanya orang lagi,tunjuk-tunjuk kat map. Time tu bukan kami ja ada. Banyak lagi kumpulan ada.

Ni la yang aku study. Cool kan?

So aku rasa paling penting dalam Allianz Amaing Hunt ini ialah ilmu pengetahuan am. Aku akan cuba navigate dan menjadi “Waze” dalam team aku. InsyaAllah. Terima kasih¬†kepada http://fb.com/AllianzMalaysia yang menjadikan impian kami untuk bermain game ala-ala Running Man menjadi kenyataan. Fighting!

Event Happening Ibarat Running Man Versi Malaysia. Fighting!

Saya rasakan Running Man sudah cukup popular di Malaysia. Tengok saja orang yang berbadan sado (aku pun tak pasti sado bahasa betul atau tak) pasti akan teringatkan Kim Jong Kook. Check instagram nampak gambar Nora Danish pasti terlintas muka Song Ji Hyo.

Inspirasi kami untuk menang Allianz Amazing Hunt

Inspirasi kami untuk menang Allianz Amazing Hunt

Mesti ramai orang inginkan peluang untuk menyertai games yang happening macam tu kan? Alhamdulillah kami (berkumpulan okay!) diberikan peluang oleh Allianz Bank untuk menyertai satu peraduan yang dipanggil Allianz Amazing Hunt 2014 yang akan bermula pada 18.10.2014 hari Sabtu.

Punya excited kami bertiga sampai plan nak jogging cari stamina. Serius bro. Ini bukan Hunt yang biasa-biasa okay. This is Amazing. Eh terspeaking plak sebab mungkin dulu terbiasa hari Khamis di sekolah kena cakap English. Hihi

So kalau Running Man ada hadiah jongkong emas la segala jenis emas la. Allianz Bank pun ada bagi hadiah yang menarik juga iaitu loan serendah 2%. Hehe takdalah bergurau ja hadiah-hadiahnya ialah seperti berikut (sila baca dengan nada pembaca Anugerah Bintang Popular):

Hadiah Menarik Di Sukai Ramai:

4786754

Bersinar-sinar iPad Air tu. Wait for us okay

1st Prize: iPad Air x3
2nd Prize: Samsung Galaxy Camera x 3
3rd Prize: Lenovo Smartphone x 3
4th Prize: iPod Nano x 3
5th Prize: iPod Nano x 3
6th Prize: H&M Gift Card worth RM300 x 3
7th Prize: H7M Gift Card worth RM300 x 3
8th Prize: 2 Majestic Hotel Dining Vouchers x 3
9th Prize: 2 Golden Screen Cinema Gold Class Vouchers x 3
10th Prize: Starbucks Card worth RM100 x 3

Kalau anda perasan kan semuanya ada 3 unit dari iPad Air sampai Starbucks Card worth RM100. Maknanya kumpulan yang mendapat tempat pertama akan memenangi iPad Air sorang satu.

Amazing Hunt ini akan bermula di Allianz Arena dekat Plaza Sentral Kuala Lumpur pada jam 8 pagi. Yang menariknya kami semua hanya boleh menaiki pengangkutan awam sahaja iaitu LRT. Serius gua hanya tau naik KTM dari Shah Alam ke KL Sentral saja, nak pergi tempat lain kena refer map.

Amacam bro? Ada berani?

Amacam bro? Ada berani?

Orang tua-tua pernah berpesan, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Okay cikgu BM aku baca mesti bangga dengan penggunaan peribahasa aku.

Antara persiapan mental yang boleh dilakukan ialah study map LRT and of course plan our time management dalam Amazing Hunt ini.

Buat teamate saya Zulhilmi Tempoyak dan EpiHaha, mari kita berjuang habis-habisan Ahad ini. Jangan kasi peluang kepada team lain. Kahkahkah #kitamenang #iPadAirMilikKami

Cerita Motivasi Untuk Peniaga Air Pagi Ini. Harap Membantu

Mmm hari ni bangun awal sikit so boleh la buat entri baru kan. Pagi tadi perut dah berkeroncong buat ana dah so aku biarkan perut aku decide nak makan apa. Jalan-jalan then sampai warung menjual nasi lemak.

Aku pun dengan muka senyum pagi membuat tempahan.

Aku: “Pakcik, nasi lemak telur goreng satu bungkus ya”
Peniaga: “Baik anak muda”

Ok part anak muda tu aku tambah bagi nampak percakapan melayu lama gitu. Sedang aku usyar rapat dia sediakan nasi lemak aku, sempat telinga aku mencuri dengar perbualan pakcik-pakcik di belakang.

Pakcik 1: “Bayangkan negara Israel tu kecik ja macam mana diorang boleh maju?”
Pakcik 2 dan 3: Terdiam saja.

Aku dalam hati berkata: “Pergh heavy bro topic pagi-pagi ni. Gua dengar pun terdiam der”. Aku pun tak pasti yang pakcik 2 dan 3 tu terdiam tak dapat jawab or sedang fikir jawapan apa nak goreng yang pasti aku akan makan nasi lemak lauk telur goreng.

Then nasi lemak aku siap dengan harga RM1.70. Not bad harganya aku puas hati aku lontarkan senyuman paling bersyukur aku kat peniaga tu. Nak jadikan cerita nasi lemak saja tak cukup untuk memberikan pagi yang indah ini satu kenikmatan.

Tambah idea untuk menggabungkan dengan teh ais. Aku pun pi ke Restoran Thai berdekatan untuk membeli teh ais bungkus ikat penuh. Sedang tunggu aku sempat study juadah pagi di kedai tu. Sedap juga kalau sarapan sini. Biasa la time lapar tengok iklan maggi pun sedap.

Terima kasih google. Gambar sekadar hiasan

Terima kasih google. Gambar sekadar hiasan

Ok part ni agak sedih. Kalau boleh anda mainkan lagu yang ada biola solo tu untuk baca part ni. Aku masih dengan senyuman manis pagi aku nak bayar. Tiba-tiba harga yang diberikan ialah RM1.80. Aku bayar dengan konfius.

Seribu persoalan bermain di minda. Harga nasi lemak atau boleh dipanggil makanan lebih murah dari air minuman aku. Perjalanan aku ke tempat kerja dihiasi dengan calculation kos untuk membuat nasi lemak dan air teh ais.

Dari hasil permainan minda aku, dapat disimpulkan meniaga air lagi banyak untung macam ni. Patutla member aku nak buka kedai cafe sebab dia dah nampak bunga-bunganya.

P/s: Jual air mineral pun best.

Hero Tengah Sibuk. Heroin Pun Sibuk Jugak.

Sekarang musim busy kot. Tapi sempat gakkan update busy apa?kehkehkeh

BUSY

Kalau busy boleh dikatakan tiba-tiba anda mendapat lambakan kerja. So anda tak tahu yang mana nak buat dulu. Apa yang anda perlu ialah tidur. Eh!

Apa yang sebenarnya anda perlukan ialah time management. Saya walaupun umur dah boleh kahwin dah (hint tu) pun masih belajar untuk manage time. Sapa yang dilahirkan dengan bakat time management untunglah kan. Eh apa pulak tak ada. Bakat ada anugerah dan ada yang boleh dapat.

Anologi dia simple saja. Ronaldo dapatkan bakat tetapi Messi dah memang ada bakat. Ok mesti kaum hawa tak paham. Tak paham takpa tanya pakwe. Kehkehkeh

Keajaiban Restoran Murni Di Shah Alam. Serius First Time Pergi Restoran Tu

Maaf headline saya terlalu gempak. Tetapi memang ajaib. Ceritanya bermula begini.

Pada suatu petang yang hening, seorang jejaka dengan badan yang sasa membawa rakannya yang tak kurang cutenya pergi minum petang. Kedai tak tahu lagi tapi kami set untuk berjumpa di belakang stesen minyak Shell Seksyen 7.

Tak lama kami menunggu, 1 minit tak sampai balas whatsapp dah jumpa. Ini dikatakan Janji Melayu Asli. Takda la aku tunggu lama kawan aku. Bagus dia ni dulu belajar kat Jepun kot?(Jepun negara yang sangat patuhi masa)

Ok so aku bawa la dia try satu kedai makan ni. Aku pun first time kan datang so nak kata sedap tak tahu la. Tapi apa yang menarik ialah menu makanan dan minumannya yang rare.

Antara menu air yang menarik ialah tu air I Love You, I Miss You, I Kiss You dan banyak lagi. Malah air nama Poison pun ada. Takut plak nak minum kan.

Ok untuk menu makanan, abang (ewah rasa tua gitu) paling ingat menunya Roti Hawai. Mungkin sebab abang order makanan tu kot. Then member abang yang cute tu makan lebih kurang gak dengan abang tapi abang tak ingat. Sorry bro makanan gua pun gua ingat-ingat lupa.

Lebih kurang macam ni la bentuk Roti Hawai tu

Lebih kurang macam ni la bentuk Roti Hawai tu

Antara menu makanan yang best kat situ katanya Nasi Ayam Pandan. Macam mana saya tahu best? Sebab dalam menu ada tulis makanan apa yang selalu orang order. Ada juga menu nama Nasi Lemak Murni Discovery. Ala-ala branding letak nama kedai gitu. Nak try tapi kenyang masa tu so kitorang makan roti ja la.

So itu 2 keajaiban iaitu nama menu makanan dan minuman yang pelik. Disebabkan adik-adik baca sampai habis, abang belanja satu lagi keajaiban iaitu sambutan yang amat menggalakkan. Serius itu satu keajaiban.

Jika anda semua ke restoran, cuba bilang berapa ramai perempuan ada kat restoran tu. 1?5? 12? Kalau di Restoran Murni saja abang rasa hampir 30 orang perempuan tadi. Abang tengok-tengok macam tu ja. Tak ushar pun k?

So ada 3 kesimpulan yang abang boleh buat. Yang pertama menu kedai ini menyajikan makanan yang perempuan suka. Mee, western food, roti, nasi goreng dan lain-lain lagi. Yang kedua perempuan lebih rasa kasih makan disini dengan nama menunya yang romantik seperti I Miss You dan I Love You. Dan yang terakhir sekali, abang rasa perempuan di sekitar Shah Alam ni malas masak. KahKahKah

P/s: Abang pergi Murni Discovery kat Shah Alam tu. Time abang nak balik ada orang jemming lagu. Tapi bukan kat kedai tu la. Seberang kedai tu. (If you know what i mean)

Main Futsal Dengan Kasut Baru. Serius Lawa Kasut Aku

Weekend kali ini aku lepak Shah Alam depan laptop. Search itu ini apa patut kan. Owh ya nak cerita semalam aku main futsal. Pakai kasut baru gitu.

10710714_551977858281170_1582005854425687644_n

Lawa tak kasut aku?Kalau lawa kita geng.

Rasanya semalam aku kurang perform la. Sobsobsob. Banyak main bawah ja assist orang dari jauh ala-ala Di Maria gitu.

Aku suka nak buat hantaran jauh gitu. Lepas ni kena main bola padang pulak la. Tapi yang best semalam main ngan kawan-kawan Bangi. Sporting beb main pun seronok ja. Hehe

Ok next game hari Isnin kat Shah Alam plak. Boleh try skill baru rasanya <=== Bajet banyak skill. So hopefully rakan perjuangan aku Zulhilmi Tempoyak akan dapat serta.

Syok main dengan dia ni. Kalau pass dia, then dia tak score boleh bahan. Muahaha ok yer Zulhilmi Tempoyak jumpa awak Isnin malam ini.

P/s: Majulah Sukan Untuk Negara.